Thursday, February 5, 2015

Masa depan dan lampau

Imam Al Ghazali di dalam kitab Minhajul 'Abidin menyatakan

Al imam Syaqiq mengatakan "Memikirkan masalah-masalah yang telah lalu dan mengatur urusan-urusan yang akan datang, dapat menghilangkan sifat taat yang seharusnya dia kerjakan pada saat ini"

Perkara ini selalu berlaku pada kita terutamanya ketika solat. Kerapkali kita akan dibuai oleh masalah yang telah lalu atau memikirkan apa yang nak dilakukan selepas solat ketika kita sedang bersolat. Dengan itu semestinya kita telah lalai dari ketaatan yang patut diberikan sepenuhnya kepada Allah SWT ketika solat.

Tuesday, January 27, 2015

Bisikan baik atau buruk?


Bagaimana kita boleh membezakan antara bisikan malaikat atau bisikan syaitan menurut Imam Al-Ghazali
 
Bisikan Malaikat
Bisikan Syaitan
·         Mengikut hukum Syara’
·         Bertentangan dengan hukum Syara’
·         Seiring dengan perbuatan yang soleh
·         Bertentangan atau jauh dengan perbuatan yang soleh
·         Nafsu tidak suka (nafsu menolak bukan kerana takut dengan Allah)
·         Nafsu suka (nafsu mengikut bukan kerana harapkan redha Allah)

Friday, January 9, 2015

All in this life or all in the hereafter

I seek refuge by Allah from Shaitan
bismilllahi al Rahman al Rahim
 
وَمَا أُوتِيتُمْ مِنْ شَيْءٍ فَمَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَزِينَتُهَا ۚ وَمَا عِنْدَ اللَّهِ خَيْرٌ وَأَبْقَىٰ ۚ أَفَلَا تَعْقِلُونَ {60}
 
[Shakir 28:60] And whatever things you have been given are only a provision of this world's life and its adornment, and whatever is with Allah is better and more lasting; do you not then understand?
[Yusufali 28:60] The (material) things which ye are given are but the conveniences of this life and the glitter thereof; but that which is with Allah is better and more enduring: will ye not then be wise?
أَفَمَنْ وَعَدْنَاهُ وَعْدًا حَسَنًا فَهُوَ لَاقِيهِ كَمَنْ مَتَّعْنَاهُ مَتَاعَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ثُمَّ هُوَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنَ الْمُحْضَرِينَ {61}
[Shakir 28:61] Is he to whom We have promised a goodly promise which he shall meet with like him whom We have provided with the provisions of this world's life, then on the day of resurrection he shall be of those who are brought up?
[Yusufali 28:61] Are (these two) alike?- one to whom We have made a goodly promise, and who is going to reach its (fulfilment), and one to whom We have given the good things of this life, but who, on the Day of Judgment, is to be among those brought up (for punishment)?


What we have been told and warned so many times in the Quran and Hadith of Rasulullah SAW is that this "dunya" or this world as we know it is temporary. Not only it is temporary by nature, it is also in fact limited, bounded by space and time, and most of all everything in this world will get destroyed. However, we know most if not close to all of us including myself is immersed in this worldly matters at most of our time. Let us pray Allah guides us to be among the people who understand.

 

Wednesday, January 7, 2015

Talkin untuk siapa?

Hari ini saya menziarah almarhum pakcik saya yang baru meninggal semalam. Sewaktu memandikan jenazah, melihat wajahnya teringat saya pada almarhum Abah. Terasa ingin menitik air mata tapi saya tahankan. Dah hampir 28 tahun abah meninggalkan kami, sekarang adiknya pula pergi pada umur 68 tahun. Lahir pada 5hb Jan 1947 dan meninggal pada 6 hb Jan 2015.

Ketika akhir pengebumian, seperti biasa masyarakat kita akan membacakan Talkin. Eloklah kita tidak membincangkan sama ada perkara ini ibadah atau bida'ah. Mungkin di lain kali. Apa yang ingin saya katakan disini adalah, apakah Talkin itu dibacakan untuk simati, atau untuk kita yang masih mendengar ini?

Apakah simati mendengar? saya pun tak tahu. Hanya Allah sajalah yang maha mengetahui. Apa yang saya tahu, saya dengar. Malahan saya dengar dengan jelas segala pesanan penulis dan pembaca Talkin itu. Siapa tuhan saya? Siapa Rasul saya? Apa ikutan saya? Siapa saudara2 saya? maka berdetiklah saya mungkin pesanan2 ini adalah untuk saya juga. Kematian akan datang pada kita semua. Kita ini berada di dalam perjalanan untuk menuju ke arah pencipta yang telah memberi kita sedikit (amat sedikit) masa di dunia ini. Oleh itu semasa kita masih boleh mendengar dan melihat, cubalah untuk berada di jalan yang benar. Iaitu jalan orang2 yang telah diberi nikmat keatasnya, bukan orang2 yang telah dimurkai atasnya dan telah sesat.

Sama-samalah kita berusaha untuk berada di jalan yang benar itu... Amin..

Monday, January 5, 2015

Gagalnya Sistem Duniawi

Sistem. Apakah itu sistem? Sistem atau dalam bahasa inggeris, berbunyi 'system'. Dalam kamus bahasa inggeris, ianya didefinasikan sebagai berikut:
a set of principles or procedures according to which something is done; an organized scheme or method.
Maksudnya, sistem ini adalah suatu kelengkapan prinsip mengikut peraturan atau aturcara yang tersusun. Jika ianya suatu metod yang disusun, pastilah ada penyusunnya. Sebab itulah, sistem ini merupakan kelengkapan yang berbeda-beda mengikut aturcara yang disusun oleh pemilik sistem tersebut.

Namun, manusia secara amnya, tidak ramai yang bijak merekasaya sistem mereka sendiri. Lebih ramai yang mengikut daripada mencipta aturcara sistem yang tersendiri. Oleh yang demikian, jadilah majoriti manusia sebagai pengikut sesuatu sistem, berbanding mencipta sistem yang sendirian.

Jika sebahagian besar manusia tidak mampu untuk mencipta sistem mereka sendiri, dan hanya menuruti sistem yang direka oleh orang lain, maka adakah manusia itu memiliki kebolehan menyusun apa-apa pun jenis sistem yang mereka mahukan?

Kebolehan mencipta sesuatu sistem itu sebenarnya tiada di dalam genetik manusia. Apa yang manusia miliki hanyalah kebolehan untuk memahami sesuatu sistem dan menciplaknya, kemudian membaikpulih untuk menjadikan sesuatu sistem yang lebih digemarinya. Ini bukan bererti mereka berhak untuk menukar-nukar sistem mahupun memiliki kebolehan untuk mendapatkan sistem yang lebih baik.

Manusia secara lahiriah mereka adalah spesis yang memerlukan masa untuk mencapai tahap kematangan dan kesempurnaan. Namun, lazimnya, manusia tidak mempunyai masa yang panjang untuk hidup. Mereka terpaksa melepaskan tanggungjawab pembaik pulihan sesuatu rekaan mereka itu kepada generasi yang berikutnya. Malangnya, setiap manusia tidak memiliki keupayaan yang serupa ataupun lebih baik. Keupayaan manusia ini berbeda malah, tiada seorang pun yang boleh meyakini bahawa mereka pasti boleh membaik pulih sesuatu rekaan itu dalam jangka hayat mereka, walaupun diberikan masa sehingga 1 juta tahun sekalipun.

Buku bertajuk 'Fooled by Randomness' karya Naseem Nicholas Taleb telah merungkaikan bahawa manusia jarang sekali merujuk kepada kuasa 'luar biasa' di atas sana (kuasa Tuhan) yang pastinya berhak untuk membenarkan sesuatu sistem itu diciptakan mahupun digunapakai oleh manusia. Ini tidak semestinya membuktikan bahawa Tuhan redha akan penggunaan sesuatu sistem tersebut, kerana undang-undang syariat agama Islam telah pun dimaktubkan di dalam kitab Al Quran dan diajarkan oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Sistem-sistem yang dicipta sendiri oleh manusia yang semakin berleluasa dan mencengkam hidup manusia di zaman sekarang (zaman moden atau akhir zaman) ini telahpun disalah ertikan oleh hampir keseluruhan manusia. Mereka menyangkakan bahawa sistem yang telah direka oleh mereka sendiri mampu menjadikan hidup mereka berjaya di dunia ini, walhal sebaliknya yang berlaku. Walaupun mereka sedang mencuba dengan sedaya upaya mereka untuk memperbaiki kesilapan yang lalu, semakin rumit pula masalah yang lain berlaku. Kemiskinan semakin menjadi-jadi, masalah sosial semakin parah, jenayah semakin berleluasa, korupsi semakin tidak dapat dibendung, dan pelbagai masalah lain lagi.

Kekesalan yang paling menyedihkan ialah majoriti ummat Islam sendiri telah terperangkap di dalam sistem buatan manusia lain yang jahil dan sombong. Mereka terpedaya dengan pelbagai janji kosong dan justifikasi logik oleh mereka-mereka yang yakin dengan sistem-sistem palsu dan fana ini semua. Malah, apabila manusia jahil ini semua telah kebingungan, mereka mempelawa ummat Islam yang pintar untuk memperbaiki sistem mereka dengan mencedok idea-idea daripada syariat agama yang syumul, menjadikan ianya tidak enak difahami oleh generasi terkemudian.

Ternyata, kita telah memerangkap diri kita sendiri kerana pada asalnya, kita telah menolak suatu syariat yang lengkap untuk diri kita, yang diajarkan oleh Tuhan yang Maha Berkuasa, yang Menjadikan kita semua.

Oleh kerana kesombongan dan kejahilan kita, maka amatlah bodoh jika kita masih lagi menolak dan bersangka-sangka bahawa kita masih mampu untuk memperbetulkan sistem-sistem kita yang sudah terbukti gagal dan melopong-lopong.

Alangkah mudahnya, jika kita terus membuang kesemua sistem-sistem dangkal ini, dan terus mengambil sahaja syariat yang syumul lalu mengaplikasikan terus ke dalam kehidupan seharian kita, dalam segala hal segala serbi.

Jika kita masih berlengah-lengah, dikhuatiri, kapal yang semakin melopong akan membawa kita semua karam bersama-sama dengannya, ke dalam lautan api yang panas membara.

Saturday, January 3, 2015

Tahun Baru 2015

Happy New Year dan Selamat Tahun Baru

It is the most common expression of wish by most of us. Nothing wrong with wishing everyone we know a happy and prosperous new year. What we need to realise is as the year increases, so does our age and time in this temporary world. Lets stop and ponder upon the blessings and tribulations we had gone through. Let us pray that this year will be a better year than the last one, and strive to be a better person.  

Masa Untung dan Rugi

Manusia sentiasa dalam kerugian. Kecuali mereka yang beramal soleh dan sentiasa berpesan-pesan kepada kebaikan dan kebenaran dengan sabar. Jika engkau lihat ke belakang, engkau akan dapati bahawa masa yang kita telah gunakan banyak dirugikan dengan pelbagai perkara yang lagha dan melalaikan. Aku mendapat pengajaran dari khutbah semalam bahawa masa itu emas dan sebagai ummat Islam, kita seharusnya menjadikan semua amalan kita itu menjadi ibadah yang diredhai oleh Allah s.w.t.

Namun, hati kita sering mendambakan hiburan dan keseronokan. Pastilah kita tidak akan mampu melarikan diri kita daripada ujian jenis ini. Tidak perlu gusar kerana adalah menjadi norma kehidupan manusia memerlukan hiburan dan keseronokan. Biarlah keseronokan yang dicari itu diredhai oleh Allah s.w.t. seperti beriadah kerana Allah s.w.t. dalam lingkungan syariat dan batas-batas agama. Kita juga tidak perlu menjauhkan diri daripada TV ataupun internet, jika kita mahu mendengar ceramah agama yang boleh mendatangkan keinsafan, ataupun mendengar lagu-lagu jenis nasyid yang mendekatkan kita kepada Ilahi.

Jika kita menghitung masa-masa terluang yang dihabiskan begitu sahaja tanpa mengingati Allah s.w.t., pastilah kita akan merasa rugi. Ini kerana, musuh utama kita iaitu Syaitan dan sekutunya pastilah mahu melihat kita rugi dan tidak mendapat peluang menambah pahala atau pulangan dari segi keampunan daripada Allah s.w.t. Pelbagai cara kita boleh mendapat pulangan, dan cara yang paling terbaik ialah dengan melakukan sesuatu perkara secara istiqamah.

Istiqamah ini adalah perkara yang sangat terbaik. Ianya juga boleh menjadikan ianya sebagai good habit (tabiat baik), dan membuang bad habit (tabiat buruk). Contohnya, jika kita mahu membaca Al-Quran, namun hanya membacanya sekali-sekala, kita tidak akan mendapat kenikmatan ataupun menfaat daripada perlakuan tersebut secara nyata. Seumpama, jika kita berjogging, hanya sekali-sekala, kita tidak akan dapat memperbaiki tahap stamina kita. Cuma, kita akan dapat merasakan peluh sekali-sekala sahaja. Jika kita berjogging setiap hari atau kerap sekali, maka kita akan mendapat faedahnya.

Begitu juga dengan tabiat buruk. Jika kita terus meninggalkannya dan tidak mahu mendekatinya secara konsisten, maka lama-kelamaan kita akan merasakan nikmat meninggalkannya walaupun semasa melakukannya dahulu, ianya juga begitu mengasyikkan (atau melalaikan). Kedua-dua perkara ini memerlukan semangat yang kuat dan jitu. Selain daripada semangat, sokongan mereka yang terdekat juga amat diperlukan.

Aku mengesyorkan engkau untuk memeriksa diri apakah tabiat yang mahu dibuang dan apakah pula tabiat baru yang mahu dipupuk serta disemai di dalam diri sendiri. Fikirkan dan mulakan sedikit demi sedikit. InsyaAllah, dengan bantuan dan rahmat daripada Allah s.w.t., pasti engkau akan dapat melakukannya.

Marilah kita mencuba untuk memperbaiki diri kita saban hari. Jadikan hari esok lebih baik dari hari ini, dan hari ini lebih baik dari hari semalam.

Tingkatkan iman dan taqwa. Dalam hal iman dan taqwa, utamakan diri sendiri dahulu barulah yang lain. Dalam hal material dan duniawi, utamakan yang lain dahulu, barulah diri sendiri.

Sekian, wabillahitaufiq walhidayah wassalamualaikum wrt wbt.

Ilalliqa, insyaAllah.