Sistem Ekonomi Dunia yang merosakkan kita, atau kita yang merosakkan
nya.
Mari kita merenung sejenak Firman Allah SWT
seperti berikut:
Telah timbul berbagai
kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah
dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak
merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah
lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat) – Ar-Ruum, ayat 41
Di dalam artikel sebelum ini telah kita
bincangkan pelbagai perkara yang tidak betul berlaku sekarang di dalam sistem
ekonomi dunia. Contohnya tentang bagaimana duit kertas yang kita guna ini
sebenarnya tidak mempunyai nilai intrinsik yang sebenar tetapi hanyalah nilai
yang diciptakan tanpa pegangan apa-apa.
Telah juga kita bincangkan bahawa
pembahagian harta kekayaan adalah tidak adil sama sekali. Kurang dari 10% dari
populasi kita memegang lebih dari 90% dari harta kekayaan. Manakala 90% dari
kita hanya memegang harta yang kurang dari 10% dari jumlah kekayaan negara. Kita
tidak merujuk mana-mana negara tetapi ini bolehlah dikatakan berlaku secara konsisten
di dunia ini.
Perluasan sistem kewangan yang berasakan Interest atau Riba, pembahagian harta
yang tidak seimbang, kezaliman yang berleluasa dan gejala social yang berlaku
berkemungkinan besar disebabkan oleh kerosakan yang kita sendiri buat. Kita
telah membelakangkan sistem syariat yang telah diperintahkan oleh Allah untuk
kita laksanakan. Kita menyokong RIBA dan tidak melaksana kan sistem zakat.
Syed Naquib Al-Attas pernah berkata “The birds have been flying in this world for
more than 50000 years, yet they know how to behave well in their own area. The
Eagle know not to fly low in the space of the sparrow, they even make mess in
their own place”
Kita manusia ni amatlah teruk dari
binatang. Binatang pun tahu mengikut syariat yang telah diperintahkan kepada
mereka akan tetapi kita berbuat sesuka hati sahaja. Kita membuat kerosakan di
semua tempat… SATU DUNIA!!!
Semua ini berlaku kerana kita telah
kehilangan adab kita kepada Allah kerana tidak mengikuti syariatnya dan juga
kehilangan adab kepada manusia yang lain. Oleh sebab kita telah hilang adab
makan natijahnya kita telah melakukan kezaliman. Iaitu kita tidak berlaku adil
dengan meletakkan sesuatu itu berada di tempatnya.
Perlu kita melihat ke belakang dan melihat
bagaimana Islam telah melaksanakan segala yang baik di dunia ini. We as Muslims has yet to travel back to time and study in
detail the implementation of Islam by Rasulullah and Sahabah and all the great
Islamic civilization. We do not have to develop Islam in accordance to the
Western way of thinking. There is no need for Islamisation of everything so
that it can be accepted by the modern world. No need for Islamic Fashion Show,
Islamic Banking, Islamic this Islamic that…..
Mari kita berfikir…..