Friday, June 21, 2013

Sistem Materialisma

Para Pembaca yang Budiman,

Tidakkah kita merasa janggal? Setiap hari kita mengira ngira duit dan hutang? Namun, kita masih berhajat untuk menjadi kaya raya?

Sekarang ini adalah zaman fitan. Zaman akhir, zaman edan. Zaman harta melimpah ruah dan zaman manusia inginkan lebih dari yang sudah diperolehi.

Mengapa begini? Ada banyak sebab, sebab utama pastilah kerana adanya nafsu dan bisikan syaitan. Tapi, apa lagi sebab lain?

Itulah dia sistem materialisme. Kita dimomok dengan iklan di sana sini. Setiap bulan dapat gaji. Belum dapat gaji sudah mahu itu ini. Jika sudah derma sedikit, rasa sudah cukup baik. Jika dengar ada orang lain fakir dan miskin, kita akan nasehat anak cucu supaya jangan jadi miskin dan faqir.

Betul lah, siapa mahu jadi miskin?

Adakah kita sudah lali, ngantuk, mamai, lena dibuai mimpi fana yang tak seberapa ini. Jika kita melihat si millionaire, kita kata mahu menjadi seperti mereka. Laku lah buku, bagaimana mahu menjadi si jutawan. Buku si bapa yang kaya, si bapa yang miskin pun laku.

Inilah zaman edan. Anwar kata zaman sekarang ini zaman terbalik, zaman edan. Mungkin betul, semua sudah terbalik. Wahai pembaca budiman, ingatlah Allah swt sentiasa. InshaAllah, hati pasti menjadi aman.

Sekian.

Wednesday, May 22, 2013

Kenapa Suratul Kahfi di katakan sebagai pelindung kepada Dajjal dan fitnah hari akhirat

Ada beberapa hadith yang diriwayatkan mengatakan tentang kelebihan atau Fadhilat membaca suratul Kahfi terutama pada hari Jumaat yang mulia. Penjelasan dan tafsiran pada ayat2 ini hendaklah kita sandarkan kepada pengetahuan dan ajaran dari ulama. Cuma yang ingin saya cuba ketengahkan disini ialah, fadhilat membaca itu kalau boleh sertaikan lah dengan pemahaman tentang ayat2 itu.

Saya sendiri amatlah lemah dalam pemahaman ini, cuma ingin membawa kita membuka minda dan berbincang tentang maksud yang ingin Allah SWT sampaikan pada kita menerusi Suratul Kahfi ini terutama tentang akhir zaman dan Dajjal.

Al-Kahf


[1]
Segala puji terentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran, dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong):
[2]
(Bahkan keadaannya) tetap benar lagi menjadi pengawas turunnya Al-Quran untuk memberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar) dengan azab yang seberat-beratnya dari sisi Allah, dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik.
[3]
Mereka tinggal tetap dalam (balasan yang baik) itu selama-lamanya.
[4]
Dan juga Al-Quran itu memberi amaran kepada orang-orang yang berkata:" Allah mempunyai anak".
[5]
(Sebenarnya) mereka tiada mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya, dan tiada juga bagi datuk nenek mereka; besar sungguh perkataan syirik yang keluar dari mulut mereka; mereka hanya mengatakan perkara yang dusta.
[6]
Maka jangan-jangan pula engkau (wahai Muhammad), membinasakan dirimu disebabkan menanggung dukacita terhadap kesan-kesan perbuatan buruk mereka, jika mereka enggan beriman kepada keterangan Al-Quran ini.
[7]
Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya.
[8]
Dan sesungguhnya Kami akan jadikan apa yang ada di bumi itu (punah-ranah) sebagai tanah yang tandus.
[9]
Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah "Ashaabul Kahfi" dan "Ar-Raqiim" itu sahaja yang menakjubkan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Kami?
[10]
(Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami".

Wednesday, May 1, 2013

Where should we invest

Invest for your future..... Really?

The past is in your memory.
The future is only in your imagination.
There is only now... perpetual now.....

The time is near

The time is near. The question is what is near?

Most of Malaysian nowadays will say that the election day is near. Only a few days left. Naturally that is the main subject and topic of the day. Be it in the news, radio, paper, kopitiam, and even in the lifts. People are talking about it as this is probably the PRU we know. Sometimes we can get tired about it. Bosan.... however, it is only a few days left hence this is the only chance we will have to talk and campaign..

Hence this is my campaign....

Please vote for the right reason...
Please vote for the one that will bring Malaysia to be a better place to live in..

At the end sentiment will play it roles....

Vote Pakatan ......

Saturday, April 6, 2013

Election is here

As Malaysian we just could not ignore the fact that GE13 is just around the corner. It is the time that we will have to choose the party we would like to represent us as the government of the day.

Even tough it is not really a system that what we can call truly Islamic system, this is what we have for now. Hence, we need to somehow support the election and vote. Choose wisely as what we choose will be recorded in the record which will not be deleted. I.e. in our own kitab.

Its not the intention here to campaign for anyone, just a reminder to all and please..... take care of your islam the foremost by avoiding slanderous comment. Peliharalah Akhlak anda.

Saturday, March 2, 2013

Siapa merosakkan nya?



Sistem Ekonomi Dunia yang merosakkan kita, atau kita yang merosakkan nya.

Mari kita merenung sejenak Firman Allah SWT seperti berikut:
Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat) – Ar-Ruum, ayat 41

Di dalam artikel sebelum ini telah kita bincangkan pelbagai perkara yang tidak betul berlaku sekarang di dalam sistem ekonomi dunia. Contohnya tentang bagaimana duit kertas yang kita guna ini sebenarnya tidak mempunyai nilai intrinsik yang sebenar tetapi hanyalah nilai yang diciptakan tanpa pegangan apa-apa.
Telah juga kita bincangkan bahawa pembahagian harta kekayaan adalah tidak adil sama sekali. Kurang dari 10% dari populasi kita memegang lebih dari 90% dari harta kekayaan. Manakala 90% dari kita hanya memegang harta yang kurang dari 10% dari jumlah kekayaan negara. Kita tidak merujuk mana-mana negara tetapi ini bolehlah dikatakan berlaku secara konsisten di dunia ini.  
Perluasan sistem kewangan yang berasakan Interest atau Riba, pembahagian harta yang tidak seimbang, kezaliman yang berleluasa dan gejala social yang berlaku berkemungkinan besar disebabkan oleh kerosakan yang kita sendiri buat. Kita telah membelakangkan sistem syariat yang telah diperintahkan oleh Allah untuk kita laksanakan. Kita menyokong RIBA dan tidak melaksana kan sistem zakat.
Syed Naquib Al-Attas pernah berkata “The birds have been flying in this world for more than 50000 years, yet they know how to behave well in their own area. The Eagle know not to fly low in the space of the sparrow, they even make mess in their own place
Kita manusia ni amatlah teruk dari binatang. Binatang pun tahu mengikut syariat yang telah diperintahkan kepada mereka akan tetapi kita berbuat sesuka hati sahaja. Kita membuat kerosakan di semua tempat… SATU DUNIA!!!
Semua ini berlaku kerana kita telah kehilangan adab kita kepada Allah kerana tidak mengikuti syariatnya dan juga kehilangan adab kepada manusia yang lain. Oleh sebab kita telah hilang adab makan natijahnya kita telah melakukan kezaliman. Iaitu kita tidak berlaku adil dengan meletakkan sesuatu itu berada di tempatnya.
Perlu kita melihat ke belakang dan melihat bagaimana Islam telah melaksanakan segala yang baik di dunia ini. We as Muslims  has yet to travel back to time and study in detail the implementation of Islam by Rasulullah and Sahabah and all the great Islamic civilization. We do not have to develop Islam in accordance to the Western way of thinking. There is no need for Islamisation of everything so that it can be accepted by the modern world. No need for Islamic Fashion Show, Islamic Banking, Islamic this Islamic that…..
Mari kita berfikir…..   

Thursday, February 28, 2013

Rethinking The ISLAMIC Financial System



Rethinking The ISLAMIC Financial System

Today I am borrowing the title of the book from Nik Mahani Mohamad, published by SABA Islamic Media. I like the title of the book (and the book of course) as I want us to start thinking…. A rare action by us Muslims indeed…

Nik Mahani was a banker with Bank Islam (M) where she was involved since its conceptualization stage. The book certainly open my eyes into what has happened and what are happening right now with our ISLAMIC banking and financial system. I don’t want to write about the books or comments on it as I don’t want to sound bias and inaccurate. Please go and buy the book and read it yourself.

Instead what I like to do today is to the question below for us to ponder upon and find the answers ourselves.

In the midst of a global “Riba” financial system today, how is it that Islamic banking system can be truly be clean of “Ribawi” elements and be safe from it?

Its surely a very difficult questions for us the Layman people to answer as our knowledge is very limited in this subject. However, what we can try to do is  to question the appearance of Islamic Banking  to further understand what is really happening. For an example, why is it almost all of the “Non-Muslim related” banks in Malaysia or even abroad has Islamic banking? Isn’t it a bit weird that the non-believers now believe in “Interest Free” banking and financing system when their fundamental believe is that interest is needed to make profit.

How about the term Profit rate? Is it different from Interest rate or it is the same element that is being called a different name. How do Islamic Banks determine the profit rate they want to offer to customers, and more interestingly why is it seems like following the BLR rate fluctuation. Is it being pegged to BLR and if yes why.

Too many questions without any answers. Yes it was deliberate for us to start thinking….. read and learn…..

Surely many of our distinguished Scholars are in the committee of these Banks with ISLAMIC practice and they would have known and designed the best for us. There is no intention to question them but rather questions for us to answer.

May Allah guides us to the right path.

Tuesday, February 26, 2013

Sistem Demokrasi?



Perbincangan kita kali ini ialah tentang "Sistem memilih pemimpin yang berdemokrasi".

Selain daripada riba dan sistem kewangan yang telah mencengkam kita di dunia fana ini, sistem lain-lain juga telah begitu banyak mengkaburi minda dan mata kita sendiri. Contohnya sebuah sistem dipanggil demokrasi. Umum mengetahui bahawa demokrasi adalah amalan 'mulia' disebabkan ianya mengikut suara 'majoriti'.

Contoh ini begitu mudah apabila kita mengingati kembali waktu kecil-kecil dahulu. Kita pernah diminta guru kelas untuk memilih ketua darjah. Apabila majoriti memilih Ahmad menjadi ketua, maka budak yang bernama Ahmad itulah yang akan menjadi ketua. Soalan seterusnya, adakah Ahmad layak ataupun sedia untuk menjadi ketua?

Sistem ini diterapkan oleh pihak-pihak yang berkepentingan untuk memastikan bahawa majoriti lah yang akan memilih ketua mereka. Sebenarnya kita silap! Matlamat pihak tertentu itu bukanlah untuk memastikan bahawa 'pihak majoriti' yang memilih pemimpin mereka. Sebenarnya, mereka hanya mahu kita 'yakin' kununnya kitalah yang memilih pemimpin kita.

Inilah dia yang dipanggil sebagai mitos sistem berpolitik cara demokrasi. Walaupun ianya sudah dilihat segar dan mulia di sisi umum majoriti warga dunia, namun ianya dimanipulasikan dengan propaganda yang boleh dibeli dengan natijah ataupun matlamat akhir yang berbentuk materialistik. Jika kita ambil contoh si Ketua Kelas yang bernama Ahmad tadi, apakah natijah akhir yang mahu digapai oleh majoriti ahli kelasnya yang lain?

Mari kita gambarkan Ahmad sebagai seorang yang ceria, mudah berkawan dan senang untuk dipergunakan. Salim pula merupakan rakannya yang kaya, bijak dan pandai mempergunakan Ahmad. Namun, Salim berkawan dengan kesemua ahli kelasnya dan pemalas pula. Salim melihat Ahmad sebagai seorang yang rajin dan suka berusaha. Malah, Ahmad sering dibantu Salim dalam segala serbi.

Jika Salim mencadangkan Ahmad sebagai Ketua Kelas, berapakah kemungkinan atau kebarangkalian Ahmad untuk menolak? Berapakah pula kemungkinan majoriti rakan sekelas lain untuk menerima cadangan tersebut?

Psikologi ini bermula apabila permainan demokrasi datang daripada persoalan, tentang benarkah Ahmad mampu untuk menjadi ketua? Jika dia tidak dipercayai, pasti akan ada susuk yang dipercayai yang boleh menggubah persepsi majoriti. Bagaimana jika guru yang mencadangkan? Adakah popular cadangan itu? Adakah sekadar buah cadangan kerana tiada opsyen lain?

Dalam demokrasi, manusia melihat dari sudut luaran dan apa yang boleh mereka perolehi berbanding dari sudut dalaman dan apa yang mereka boleh beri.

Inilah kelemahan demokrasi yang ingin dieksploitasikan oleh golongan elit dan kapitalis. Mereka sedar bahawa golongan elit seperti mereka tidak boleh menggubal undang-undang mahupun mengambil tanggungjawab terhadapnya. Malah mereka tidak kisah. Apa yang mereka mahu lakukan ialah mengawal, menguasai dan membeli. Kuasa itu hanya ada pada persepsi dan material. Ianya difungsikan oleh nafsu dan syahwat.

Maka, apabila kita mendengar seseorang pemimpin itu dipilih melalui konsep syura ataupun perbincangan oleh golongan ilmuwan, maka ianya haruslah dilihat dari sudut positif. Namun, jika pemilihan itu mengambil kira akan natijah material, maka walau bagaimana sekalipun konsep musyawarah digunakan, ianya tetap tidak akan menghasilkan sebuah kepimpinan yang baik.

Kita akan menyingkap semua konsep demokrasi, politik dan kuasa ini dari sudut sejarah dan ruang lingkup lebih luas nanti. Selamat mengkaji!

Sunday, February 24, 2013

What kind of economic system do you think we have today?


What kind of economic system do you think we have today?
It is not the intention of this blog to discuss the Islamic or Syariah Laws in terms of the Halal and/or Haram of the items we will highlight. We would rather leave that to the Muslim experts or Ulama’ to discuss them. What we would like to highlight here are in terms of what is happening currently in this world, and answers the questions like why, how, and it is really like that?

Let us take Capitalism for an example. Don’t we want to know what Capitalism is all about, and why it is being introduced as part of our economic system? How can Capitalism flourished as a concept and consequently what are the impacts of Capitalism to us specifically the Muslim Ummah.

An example below describe the wealth distribution in the US. Let’s look at it and see if you are baffled by it.

Figure 1: Net worth and financial wealth distribution in the U.S. in 2010

From the chart above we can see that in the year 2010,a whopping 35% of the wealth in US is on the hands of only 1% of its people. While 80% of its people holds only a mere 11% of the wealth in the country. How can this be? Is this a right economic model?

Capitalism is of course not to be blamed solely. It is the human greed that makes it happened like that. We will not try to debate and discuss the pros and cons of capitalism. If we do it, then we will never come to a conclusion, let alone understand all the jargons that come with it like Keynesian, laissez-faire, welfare capitalism and state capitalism.

Hence what we need to do as Muslim Ummah today is first to be aware that we are living in this system. A system build from human greed and will definitely make most of the human suffer. We need to be aware that we are enslaved in this system. The sad thing is most of us are oblivious and don’t even realized that we are trapped in it. It is a vicious cycle, and in addition the other bad things like interest rates (RIBA!!), inflations (results of RIBA)and Paper Money (a RIBA tool) will make you and me my friend, enslaved forever….

So wake up Muslim Ummah. Start by realizing what is happening in the world today, not just your community. Be aware, then we can start thinking of the other steps need to be done to eradicate this disease. Surely Prophet Muhammad SAW must have told us how to deal with it. We only need to now learn how……

May Allah grants the understanding of this Deen…..  

Saturday, February 23, 2013

Duit Kertas Riba?



Cuba bayangkan scenario di mana kita tidak dapat lari dari riba. Macam pernah disebut oleh Rasullulah SAW kan. Scenario itu telah pun berlaku sekarang dengan ada nya apa yang dipanggil sebagai wang kertas atau “Paper” money

Menurut Wikipedia, A banknote (Paper Money) is a type of negotiable instrument known as promissory note, made by a bank, payable to the bearer on demand. They were in effect a promise to pay the bearer in coins (gold), but gradually became a substitute for the coins and a form of money in their own right.

Mari kita cuba kupaskan apa yang dimaksudkan diatas.


  • Negotiable instrument – Adalah alat (instrument) yang digunakan sebagai gerenti untuk membayar sesuatu jumlah yang telah dipersetujui dalam satu masa yang ditetapkan atau apabila diminta. Oleh itu duit kertas ini hanyalah satu alat yang digunakan untuk gerenti nilai. Ianya secara sendiri tidaklah mempunyai apa apa nilai pun.
  • promissory note – Maksud nya lebih kurang diatas tadi. Alat yang digunakan sebagai akujanji membayar sesuatu atas nilai sesuatu. Maka yang menjadi tanda tanya ialah, siapa yang berjanji nak melunaskan segala nilai-nilai yang dibawa diatas kertas-kertas yang pada asalnya tidak bernilai ini? Kita kah? Apabila kita memberi sekeping kertas bernilai RM5 kepada mamak untuk membayar nasi lemak, siapakah yang sebenarnya berjanji pada mamak itu untuk memberi kan nilai yang sepadan dengan itu? Nasi lemak Mamak itu mesti mempunyai nilai sebab kita dah pun kenyang memakannya.

  • They were in effect a promise to pay the bearer in coins (gold) – Dulu memang lah kertas-kertas ini pernah disandarkan kepada gold, akan tetapi setelah President Nixon unpeg Gold to USD pada tahun 1971, wang kertas secara am nya telah diberikan nilai nya sendiri. Unpeg ini berlaku  kerana US tidak mempunyai cukup emas untuk membayar segala janjinya dengan wang-wang kertas yang dikeluarkan nya.
  • became a substitute for the coins and a form of money in their own right – akhirnya ianya telah berlaku. Kertas-kertas yang sepatutnya tidak mempunyai nilai (kecuali nilainya untuk ditulis atasnya) akhirnya diberikan nilai. The paper money is given a value out of thin air!!! Inilah riba yang dimaksudkan agaknya oleh Rasullullah SAW. Tiada siapa pun dalam dunia ini tidak mengunakan wang kertas. Maka semua orang telah terpalit dengan riba…

Marilah kita sama-sama meminta pertolongan dengan Allah SWT supaya memberi kita hidayah untuk sama-sama paham dan mengampunkan dosa-dosa kita.