Cuba bayangkan scenario di mana kita tidak
dapat lari dari riba. Macam pernah disebut oleh Rasullulah SAW kan. Scenario
itu telah pun berlaku sekarang dengan ada nya apa yang dipanggil sebagai wang
kertas atau “Paper” money
Menurut Wikipedia, A banknote (Paper Money)
is a type of negotiable instrument known as promissory note, made by a bank,
payable to the bearer on demand. They were in effect a promise to pay the
bearer in coins (gold), but gradually became a substitute for the coins and a
form of money in their own right.
Mari kita cuba kupaskan apa yang
dimaksudkan diatas.
- Negotiable instrument – Adalah alat (instrument) yang digunakan sebagai gerenti untuk membayar sesuatu jumlah yang telah dipersetujui dalam satu masa yang ditetapkan atau apabila diminta. Oleh itu duit kertas ini hanyalah satu alat yang digunakan untuk gerenti nilai. Ianya secara sendiri tidaklah mempunyai apa apa nilai pun.
- promissory note – Maksud nya lebih kurang diatas tadi. Alat yang digunakan sebagai akujanji membayar sesuatu atas nilai sesuatu. Maka yang menjadi tanda tanya ialah, siapa yang berjanji nak melunaskan segala nilai-nilai yang dibawa diatas kertas-kertas yang pada asalnya tidak bernilai ini? Kita kah? Apabila kita memberi sekeping kertas bernilai RM5 kepada mamak untuk membayar nasi lemak, siapakah yang sebenarnya berjanji pada mamak itu untuk memberi kan nilai yang sepadan dengan itu? Nasi lemak Mamak itu mesti mempunyai nilai sebab kita dah pun kenyang memakannya.
- They were in effect a promise to pay the bearer in coins (gold) – Dulu memang lah kertas-kertas ini pernah disandarkan kepada gold, akan tetapi setelah President Nixon unpeg Gold to USD pada tahun 1971, wang kertas secara am nya telah diberikan nilai nya sendiri. Unpeg ini berlaku kerana US tidak mempunyai cukup emas untuk membayar segala janjinya dengan wang-wang kertas yang dikeluarkan nya.
- became a substitute for the coins and a form of money in their own right – akhirnya ianya telah berlaku. Kertas-kertas yang sepatutnya tidak mempunyai nilai (kecuali nilainya untuk ditulis atasnya) akhirnya diberikan nilai. The paper money is given a value out of thin air!!! Inilah riba yang dimaksudkan agaknya oleh Rasullullah SAW. Tiada siapa pun dalam dunia ini tidak mengunakan wang kertas. Maka semua orang telah terpalit dengan riba…
Marilah kita sama-sama meminta pertolongan
dengan Allah SWT supaya memberi kita hidayah untuk sama-sama paham dan
mengampunkan dosa-dosa kita.
No comments:
Post a Comment