Thursday, February 5, 2015

Masa depan dan lampau

Imam Al Ghazali di dalam kitab Minhajul 'Abidin menyatakan

Al imam Syaqiq mengatakan "Memikirkan masalah-masalah yang telah lalu dan mengatur urusan-urusan yang akan datang, dapat menghilangkan sifat taat yang seharusnya dia kerjakan pada saat ini"

Perkara ini selalu berlaku pada kita terutamanya ketika solat. Kerapkali kita akan dibuai oleh masalah yang telah lalu atau memikirkan apa yang nak dilakukan selepas solat ketika kita sedang bersolat. Dengan itu semestinya kita telah lalai dari ketaatan yang patut diberikan sepenuhnya kepada Allah SWT ketika solat.

Tuesday, January 27, 2015

Bisikan baik atau buruk?


Bagaimana kita boleh membezakan antara bisikan malaikat atau bisikan syaitan menurut Imam Al-Ghazali
 
Bisikan Malaikat
Bisikan Syaitan
·         Mengikut hukum Syara’
·         Bertentangan dengan hukum Syara’
·         Seiring dengan perbuatan yang soleh
·         Bertentangan atau jauh dengan perbuatan yang soleh
·         Nafsu tidak suka (nafsu menolak bukan kerana takut dengan Allah)
·         Nafsu suka (nafsu mengikut bukan kerana harapkan redha Allah)

Friday, January 9, 2015

All in this life or all in the hereafter

I seek refuge by Allah from Shaitan
bismilllahi al Rahman al Rahim
 
وَمَا أُوتِيتُمْ مِنْ شَيْءٍ فَمَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَزِينَتُهَا ۚ وَمَا عِنْدَ اللَّهِ خَيْرٌ وَأَبْقَىٰ ۚ أَفَلَا تَعْقِلُونَ {60}
 
[Shakir 28:60] And whatever things you have been given are only a provision of this world's life and its adornment, and whatever is with Allah is better and more lasting; do you not then understand?
[Yusufali 28:60] The (material) things which ye are given are but the conveniences of this life and the glitter thereof; but that which is with Allah is better and more enduring: will ye not then be wise?
أَفَمَنْ وَعَدْنَاهُ وَعْدًا حَسَنًا فَهُوَ لَاقِيهِ كَمَنْ مَتَّعْنَاهُ مَتَاعَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ثُمَّ هُوَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنَ الْمُحْضَرِينَ {61}
[Shakir 28:61] Is he to whom We have promised a goodly promise which he shall meet with like him whom We have provided with the provisions of this world's life, then on the day of resurrection he shall be of those who are brought up?
[Yusufali 28:61] Are (these two) alike?- one to whom We have made a goodly promise, and who is going to reach its (fulfilment), and one to whom We have given the good things of this life, but who, on the Day of Judgment, is to be among those brought up (for punishment)?


What we have been told and warned so many times in the Quran and Hadith of Rasulullah SAW is that this "dunya" or this world as we know it is temporary. Not only it is temporary by nature, it is also in fact limited, bounded by space and time, and most of all everything in this world will get destroyed. However, we know most if not close to all of us including myself is immersed in this worldly matters at most of our time. Let us pray Allah guides us to be among the people who understand.

 

Wednesday, January 7, 2015

Talkin untuk siapa?

Hari ini saya menziarah almarhum pakcik saya yang baru meninggal semalam. Sewaktu memandikan jenazah, melihat wajahnya teringat saya pada almarhum Abah. Terasa ingin menitik air mata tapi saya tahankan. Dah hampir 28 tahun abah meninggalkan kami, sekarang adiknya pula pergi pada umur 68 tahun. Lahir pada 5hb Jan 1947 dan meninggal pada 6 hb Jan 2015.

Ketika akhir pengebumian, seperti biasa masyarakat kita akan membacakan Talkin. Eloklah kita tidak membincangkan sama ada perkara ini ibadah atau bida'ah. Mungkin di lain kali. Apa yang ingin saya katakan disini adalah, apakah Talkin itu dibacakan untuk simati, atau untuk kita yang masih mendengar ini?

Apakah simati mendengar? saya pun tak tahu. Hanya Allah sajalah yang maha mengetahui. Apa yang saya tahu, saya dengar. Malahan saya dengar dengan jelas segala pesanan penulis dan pembaca Talkin itu. Siapa tuhan saya? Siapa Rasul saya? Apa ikutan saya? Siapa saudara2 saya? maka berdetiklah saya mungkin pesanan2 ini adalah untuk saya juga. Kematian akan datang pada kita semua. Kita ini berada di dalam perjalanan untuk menuju ke arah pencipta yang telah memberi kita sedikit (amat sedikit) masa di dunia ini. Oleh itu semasa kita masih boleh mendengar dan melihat, cubalah untuk berada di jalan yang benar. Iaitu jalan orang2 yang telah diberi nikmat keatasnya, bukan orang2 yang telah dimurkai atasnya dan telah sesat.

Sama-samalah kita berusaha untuk berada di jalan yang benar itu... Amin..

Monday, January 5, 2015

Gagalnya Sistem Duniawi

Sistem. Apakah itu sistem? Sistem atau dalam bahasa inggeris, berbunyi 'system'. Dalam kamus bahasa inggeris, ianya didefinasikan sebagai berikut:
a set of principles or procedures according to which something is done; an organized scheme or method.
Maksudnya, sistem ini adalah suatu kelengkapan prinsip mengikut peraturan atau aturcara yang tersusun. Jika ianya suatu metod yang disusun, pastilah ada penyusunnya. Sebab itulah, sistem ini merupakan kelengkapan yang berbeda-beda mengikut aturcara yang disusun oleh pemilik sistem tersebut.

Namun, manusia secara amnya, tidak ramai yang bijak merekasaya sistem mereka sendiri. Lebih ramai yang mengikut daripada mencipta aturcara sistem yang tersendiri. Oleh yang demikian, jadilah majoriti manusia sebagai pengikut sesuatu sistem, berbanding mencipta sistem yang sendirian.

Jika sebahagian besar manusia tidak mampu untuk mencipta sistem mereka sendiri, dan hanya menuruti sistem yang direka oleh orang lain, maka adakah manusia itu memiliki kebolehan menyusun apa-apa pun jenis sistem yang mereka mahukan?

Kebolehan mencipta sesuatu sistem itu sebenarnya tiada di dalam genetik manusia. Apa yang manusia miliki hanyalah kebolehan untuk memahami sesuatu sistem dan menciplaknya, kemudian membaikpulih untuk menjadikan sesuatu sistem yang lebih digemarinya. Ini bukan bererti mereka berhak untuk menukar-nukar sistem mahupun memiliki kebolehan untuk mendapatkan sistem yang lebih baik.

Manusia secara lahiriah mereka adalah spesis yang memerlukan masa untuk mencapai tahap kematangan dan kesempurnaan. Namun, lazimnya, manusia tidak mempunyai masa yang panjang untuk hidup. Mereka terpaksa melepaskan tanggungjawab pembaik pulihan sesuatu rekaan mereka itu kepada generasi yang berikutnya. Malangnya, setiap manusia tidak memiliki keupayaan yang serupa ataupun lebih baik. Keupayaan manusia ini berbeda malah, tiada seorang pun yang boleh meyakini bahawa mereka pasti boleh membaik pulih sesuatu rekaan itu dalam jangka hayat mereka, walaupun diberikan masa sehingga 1 juta tahun sekalipun.

Buku bertajuk 'Fooled by Randomness' karya Naseem Nicholas Taleb telah merungkaikan bahawa manusia jarang sekali merujuk kepada kuasa 'luar biasa' di atas sana (kuasa Tuhan) yang pastinya berhak untuk membenarkan sesuatu sistem itu diciptakan mahupun digunapakai oleh manusia. Ini tidak semestinya membuktikan bahawa Tuhan redha akan penggunaan sesuatu sistem tersebut, kerana undang-undang syariat agama Islam telah pun dimaktubkan di dalam kitab Al Quran dan diajarkan oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Sistem-sistem yang dicipta sendiri oleh manusia yang semakin berleluasa dan mencengkam hidup manusia di zaman sekarang (zaman moden atau akhir zaman) ini telahpun disalah ertikan oleh hampir keseluruhan manusia. Mereka menyangkakan bahawa sistem yang telah direka oleh mereka sendiri mampu menjadikan hidup mereka berjaya di dunia ini, walhal sebaliknya yang berlaku. Walaupun mereka sedang mencuba dengan sedaya upaya mereka untuk memperbaiki kesilapan yang lalu, semakin rumit pula masalah yang lain berlaku. Kemiskinan semakin menjadi-jadi, masalah sosial semakin parah, jenayah semakin berleluasa, korupsi semakin tidak dapat dibendung, dan pelbagai masalah lain lagi.

Kekesalan yang paling menyedihkan ialah majoriti ummat Islam sendiri telah terperangkap di dalam sistem buatan manusia lain yang jahil dan sombong. Mereka terpedaya dengan pelbagai janji kosong dan justifikasi logik oleh mereka-mereka yang yakin dengan sistem-sistem palsu dan fana ini semua. Malah, apabila manusia jahil ini semua telah kebingungan, mereka mempelawa ummat Islam yang pintar untuk memperbaiki sistem mereka dengan mencedok idea-idea daripada syariat agama yang syumul, menjadikan ianya tidak enak difahami oleh generasi terkemudian.

Ternyata, kita telah memerangkap diri kita sendiri kerana pada asalnya, kita telah menolak suatu syariat yang lengkap untuk diri kita, yang diajarkan oleh Tuhan yang Maha Berkuasa, yang Menjadikan kita semua.

Oleh kerana kesombongan dan kejahilan kita, maka amatlah bodoh jika kita masih lagi menolak dan bersangka-sangka bahawa kita masih mampu untuk memperbetulkan sistem-sistem kita yang sudah terbukti gagal dan melopong-lopong.

Alangkah mudahnya, jika kita terus membuang kesemua sistem-sistem dangkal ini, dan terus mengambil sahaja syariat yang syumul lalu mengaplikasikan terus ke dalam kehidupan seharian kita, dalam segala hal segala serbi.

Jika kita masih berlengah-lengah, dikhuatiri, kapal yang semakin melopong akan membawa kita semua karam bersama-sama dengannya, ke dalam lautan api yang panas membara.

Saturday, January 3, 2015

Tahun Baru 2015

Happy New Year dan Selamat Tahun Baru

It is the most common expression of wish by most of us. Nothing wrong with wishing everyone we know a happy and prosperous new year. What we need to realise is as the year increases, so does our age and time in this temporary world. Lets stop and ponder upon the blessings and tribulations we had gone through. Let us pray that this year will be a better year than the last one, and strive to be a better person.  

Masa Untung dan Rugi

Manusia sentiasa dalam kerugian. Kecuali mereka yang beramal soleh dan sentiasa berpesan-pesan kepada kebaikan dan kebenaran dengan sabar. Jika engkau lihat ke belakang, engkau akan dapati bahawa masa yang kita telah gunakan banyak dirugikan dengan pelbagai perkara yang lagha dan melalaikan. Aku mendapat pengajaran dari khutbah semalam bahawa masa itu emas dan sebagai ummat Islam, kita seharusnya menjadikan semua amalan kita itu menjadi ibadah yang diredhai oleh Allah s.w.t.

Namun, hati kita sering mendambakan hiburan dan keseronokan. Pastilah kita tidak akan mampu melarikan diri kita daripada ujian jenis ini. Tidak perlu gusar kerana adalah menjadi norma kehidupan manusia memerlukan hiburan dan keseronokan. Biarlah keseronokan yang dicari itu diredhai oleh Allah s.w.t. seperti beriadah kerana Allah s.w.t. dalam lingkungan syariat dan batas-batas agama. Kita juga tidak perlu menjauhkan diri daripada TV ataupun internet, jika kita mahu mendengar ceramah agama yang boleh mendatangkan keinsafan, ataupun mendengar lagu-lagu jenis nasyid yang mendekatkan kita kepada Ilahi.

Jika kita menghitung masa-masa terluang yang dihabiskan begitu sahaja tanpa mengingati Allah s.w.t., pastilah kita akan merasa rugi. Ini kerana, musuh utama kita iaitu Syaitan dan sekutunya pastilah mahu melihat kita rugi dan tidak mendapat peluang menambah pahala atau pulangan dari segi keampunan daripada Allah s.w.t. Pelbagai cara kita boleh mendapat pulangan, dan cara yang paling terbaik ialah dengan melakukan sesuatu perkara secara istiqamah.

Istiqamah ini adalah perkara yang sangat terbaik. Ianya juga boleh menjadikan ianya sebagai good habit (tabiat baik), dan membuang bad habit (tabiat buruk). Contohnya, jika kita mahu membaca Al-Quran, namun hanya membacanya sekali-sekala, kita tidak akan mendapat kenikmatan ataupun menfaat daripada perlakuan tersebut secara nyata. Seumpama, jika kita berjogging, hanya sekali-sekala, kita tidak akan dapat memperbaiki tahap stamina kita. Cuma, kita akan dapat merasakan peluh sekali-sekala sahaja. Jika kita berjogging setiap hari atau kerap sekali, maka kita akan mendapat faedahnya.

Begitu juga dengan tabiat buruk. Jika kita terus meninggalkannya dan tidak mahu mendekatinya secara konsisten, maka lama-kelamaan kita akan merasakan nikmat meninggalkannya walaupun semasa melakukannya dahulu, ianya juga begitu mengasyikkan (atau melalaikan). Kedua-dua perkara ini memerlukan semangat yang kuat dan jitu. Selain daripada semangat, sokongan mereka yang terdekat juga amat diperlukan.

Aku mengesyorkan engkau untuk memeriksa diri apakah tabiat yang mahu dibuang dan apakah pula tabiat baru yang mahu dipupuk serta disemai di dalam diri sendiri. Fikirkan dan mulakan sedikit demi sedikit. InsyaAllah, dengan bantuan dan rahmat daripada Allah s.w.t., pasti engkau akan dapat melakukannya.

Marilah kita mencuba untuk memperbaiki diri kita saban hari. Jadikan hari esok lebih baik dari hari ini, dan hari ini lebih baik dari hari semalam.

Tingkatkan iman dan taqwa. Dalam hal iman dan taqwa, utamakan diri sendiri dahulu barulah yang lain. Dalam hal material dan duniawi, utamakan yang lain dahulu, barulah diri sendiri.

Sekian, wabillahitaufiq walhidayah wassalamualaikum wrt wbt.

Ilalliqa, insyaAllah.

Friday, January 2, 2015

Wahai Anak Muda

Sejak akhir-akhir ini kita banyak mendengar pelbagai isu yang berkaitan dengan penantian ummat Islam kepada suatu kemenangan. Pelbagai teori diunjurkan bagi memberikan suatu harapan akan datangnya sebuah kemenangan buat ummat Islam. Setelah kejatuhan empayar Uthmaniyyah di Turki, ummat Islam di seluruh dunia menjadi tertindas, ataupun dipimpin oleh para boneka yang dilantik oleh bekas penjajah ataupun masih dijajah lagi. Malah, keperwiraan dan kepimpinan anak-anak muda yang ingin menjatuhkan ideologi barat, telah digagalkan dengan pelbagai cara.

Aku ingin memberikan penjelasan tentang mengapa kita perlu merubah diri kita sendiri dahulu. Jika kita menyimpan impian untuk mencapai kemenangan, kita perlu mengubah diri kita sendiri dahulu. Kita tidak akan mampu berjuang dengan gigih dan yakin jika kita masih was-was dengan keimanan dan amalan kita sendiri. Datuk nenek kita dahulu terpaksa bergadai harta dan nyawa untuk menyelamatkan iman dan agama, namun kita sekarang mudah sahaja membiarkan diri kita hanyut dengan ideologi-ideologi barat seperti materialisme, kapitalisme dan liberalisme.

Persoalan yang utama ialah, apakah sudut utama yang harus difokuskan tentang berubah dari diri sendiri ini? Jawapan yang paling utama ialah, berubah menjadi lebih baik daripada dahulu. Hari esok harus menjadi lebih baik dari hari ini. Begitulah seterusnya.

Ini adalah suatu usaha yang terpenting. Aku juga sedang berusaha dengan gigih dalam perkara ini. Kita mesti bermula dengan mengubah perangai ataupun sikap kita setiap hari. Dalam banyak-banyak sikap, kita wajiblah memfokuskan kepada amalan-amalan wajib kita seperti solat, puasa, zakat dan haji. Selain itu, kita wajib sentiasa memperbaiki iman kita dengan senantiasa mengingati Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. Kita mestilah sentiasa menjaga iman kita dengan menyakini akan kesemua rukun iman itu, dengan mengamalnya setiap hari.

Jika sebelum ini engkau tidak pernah solat, mulakan dengan menjaga solat. Solat adalah tiang agama, dan wajib didirikan oleh kesemua manusia dan jin. Apatahlagi apabila engkau telah menerima Islam sebagai agama, maka lebih wajib bagi engkau untuk mendirikannya. Tidak dapat tidak, engkau wajib melaksanakan segala tuntutan sebagai hamba Allah s.w.t. dan bersolat lima waktu sehari semalam itu adalah yang terutama dan yang terpenting.

Kemudian, engkau juga ada tanggungjawab kepada ibu bapa, keluarga dan masyarakat. Setelah engkau berjaya mendekatkan diri dengan agama dan iman, maka mulalah engkau cuba mengajak ahli keluarga engkau supaya bersegera insaf dan kembali kepada jalan yang benar. Tiada lagi permainan di iPad mahupun Android. Tiada lagi masa untuk menonton bolasepak setiap hari. Masanya telah tiba untuk kita kembali kepada ajaran Islam yang sebenar.

Janganlah engkau bertanya, mengapa Islam tidak mendapat kemenangan? Mengapa kaum dan agamaku ditindas? Mengapa kami masih berada di takuk lama? Jangan bertanya, cukuplah dengan bermula dari diri sendiri.

Tinggalkan segala maksiat dari yang besar dosanya, hinggalah kepada yang sekecil-kecil dosa. Pohonlah keampunan dari Allah s.w.t. yang Maha Pengampun lagi Maha Pengasihani. Mintalah maaf kepada mereka yang pernah kita kasari atau melakukan dosa terhadapnya. Pohonlah keampunan dari ibu dan bapa, guru-guru, sahabat handai, orang tua-tua, saudara mara, dan sesiapa sahaja yang pernah kita lukai atau ingkari. Lunaskan hutang-hutangmu, jika mampu. Jika tidak, berazamlah engkau untuk melunaskannya suatu hari nanti.

Wahai anak-anak muda. Gunakan usia muda yang engkau miliki untuk mendapatkan segala ilmu yang mungkin, jika boleh biarlah berfokus kepada yang paling engkau minati dan berbakat. Jangan sesekali tinggalkan ilmu agama, walaupun sedikit demi sedikit, sehari demi sehari.

Akhir zaman telah mencapai tahap kematangannya. Jika tidak abad ini, mungkin abad yang terkemudian. Biarlah kita semua, jika diberikan peluang olehNya, berada di dalam saf jemaah yang betul dan diredhai oleh Allah s.w.t. Bukan berada di dalam golongan mereka yang lalai dan rugi. Dilekakan oleh bayangan duniawi seperti material dan juga cita-cita kehidupan yang fana.

Mari kita sama-sama berusaha, insyaAllah. Mulakan dari diri sendiri dahulu. Semoga kita akan berjaya meningkatkan keupayaan amal dan dakwah, sehingga mencapai keredhaan Allah s.w.t.

Wallahu'aklam.

Thursday, January 1, 2015

Tahun 2015

Assalamualaikum wrt wbt,

Sebagai ummat Islam, kita harus bersyukur kerana diberikan oleh Allah s.w.t. peluang sekali lagi untuk menghirup udara yang segar dan diberi peluang untuk terus bertaubat kepadaNya. Selagi peluang ini diberikan, janganlah kita berputus asa dan lalai leka.

Semangat tahun baru 2015 menjadi sedikit lemah tatkala bencana menimpa ummat Islam secara amnya. Bencana ini bukanlah hanya sekadar ujian, namun ianya juga adalah suatu perkara yang harus dijadikan sebagai pedoman untuk kita menilai diri kita sendiri. Juga, untuk kita membantu sesama kita, yang berada di dalam kesusahan. Bencana banjir, kemarau, peperangan, kelaparan, ekonomi yang mundur dan sebagainya, merupakan ujian kepada kita yang beriman.

Prof. Hamka ada mengatakan bahawa perubahan itu bermula dari diri sendiri. Adalah bertepatan dengan apa yang diperkatakan oleh beliau, kita seharusnya memulakan perubahan dari diri sendiri. Perubahan itu perlu difokuskan terhadap perubahan kepada kebaikan akhirat, maka natijahnya kebaikan duniawi akan datang bergolek. Ianya sudah menjadi janji buat ummat Islam yang bersabar dan kembali kepada jalan yang benar, maka kejayaan di dunia dan akhirat bakal menanti mereka. Kejayaan bukanlah dari sudut material, tetapi dari sudut rohani iaitu kebahagiaan.

Tatkala kita dilanda musibah dan ujian, kebahagiaan tetap terpancar di wajah-wajah mereka yang bersabar dan beriman. Mereka tidak mengeluh atau merungut, apatahlagi menjerit-jerit kecewa dengan takdir yang menimpa. Malah, mereka bersikap sabar dan tenang menghadapi dugaan, yang dianggap sebagai hikmah besar buat mereka. Siapa tahu, ada di antara mereka yang mengharapkan rumah baru, akhirnya diperolehi setelah banjir menghapuskan rumah-rumah mereka? Ada yang mengharapkan bekalan makanan akibat kemiskinan, dan dikurniakan bantuan bekalan makanan yang boleh bertahan selama setahun kerana Rahmat Allah s.w.t. yang Maha Esa? Siapa tahu lumpur-lumpur sungai telah menghapuskan wabak dan penyakit yang telah lama wujud di parit-parit atau tanah tandus? Siapa tahu, bantuan kerajaan datang akhirnya kepada mereka yang telah lama menantikan bantuan-bantuan tersebut?

Kadangkala, setiap perkara itu ada rahmatnya, maka ucaplah Innalillahi wainna ilaihi raajiun dan Alhamdulillah.

Tahun 2015 bakal menjadi titik permulaan kepada kehidupan yang baharu. Ianya bakal menjadi platform kepada kebangkitan ummat yang telah ditimpa musibah demi musibah. Namun, kejayaan yang sebenar ialah ketika di akhirat kelak. Maka, beruntunglah mereka yang sabar.

Aku memohon permisi untuk menulis lagi jika diberi peluang. Semoga Allah s.w.t. mengurniakan rahmat dan hidayah buat mereka yang membaca dan membantu kepada berbagai jenis perjuangan ke arah kebenaran. Sebarkanlah kebenaran, dan tentanglah kebatilan.

Waillaliqa. InsyaAllah.

Wednesday, December 24, 2014

copy semula

Sistem Ekonomi Dunia yang merosakkan kita, atau kita yang merosakkan nya.
Mari kita merenung sejenak Firman Allah SWT seperti berikut:
Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat) – Ar-Ruum, ayat 41
Di dalam artikel sebelum ini telah kita bincangkan pelbagai perkara yang tidak betul berlaku sekarang di dalam sistem ekonomi dunia. Contohnya tentang bagaimana duit kertas yang kita guna ini sebenarnya tidak mempunyai nilai intrinsik yang sebenar tetapi hanyalah nilai yang diciptakan tanpa pegangan apa-apa.
Telah juga kita bincangkan bahawa pembahagian harta kekayaan adalah tidak adil sama sekali. Kurang dari 10% dari populasi kita memegang lebih dari 90% dari harta kekayaan. Manakala 90% dari kita hanya memegang harta yang kurang dari 10% dari jumlah kekayaan negara. Kita tidak merujuk mana-mana negara tetapi ini bolehlah dikatakan berlaku secara konsisten di dunia ini.  
Perluasan sistem kewangan yang berasakan Interest atau Riba, pembahagian harta yang tidak seimbang, kezaliman yang berleluasa dan gejala social yang berlaku berkemungkinan besar disebabkan oleh kerosakan yang kita sendiri buat. Kita telah membelakangkan sistem syariat yang telah diperintahkan oleh Allah untuk kita laksanakan. Kita menyokong RIBA dan tidak melaksana kan sistem zakat.
Syed Naquib Al-Attas pernah berkata “The birds have been flying in this world for more than 50000 years, yet they know how to behave well in their own area. The Eagle know not to fly low in the space of the sparrow, they even make mess in their own place
Kita manusia ni amatlah teruk dari binatang. Binatang pun tahu mengikut syariat yang telah diperintahkan kepada mereka akan tetapi kita berbuat sesuka hati sahaja. Kita membuat kerosakan di semua tempat… SATU DUNIA!!!
Semua ini berlaku kerana kita telah kehilangan adab kita kepada Allah kerana tidak mengikuti syariatnya dan juga kehilangan adab kepada manusia yang lain. Oleh sebab kita telah hilang adab makan natijahnya kita telah melakukan kezaliman. Iaitu kita tidak berlaku adil dengan meletakkan sesuatu itu berada di tempatnya.
Perlu kita melihat ke belakang dan melihat bagaimana Islam telah melaksanakan segala yang baik di dunia ini. We as Muslims  has yet to travel back to time and study in detail the implementation of Islam by Rasulullah and Sahabah and all the great Islamic civilization. We do not have to develop Islam in accordance to the Western way of thinking. There is no need for Islamisation of everything so that it can be accepted by the modern world. No need for Islamic Fashion Show, Islamic Banking, Islamic this Islamic that…..
Mari kita berfikir…..   

Wednesday, January 1, 2014

Oppresion

The oppresion in this world keeps on continuing as we speak. What happen in mostly the muslim countries as well as in the rest of the countries are getting worst. You will not comprehend the situation in Syria, Iraq, Afganistan. It is hap9ening everywhere. May Allah protects us against the evil of this world. And may Allah helps us in destroying the kaffir.

Friday, June 21, 2013

Sistem Materialisma

Para Pembaca yang Budiman,

Tidakkah kita merasa janggal? Setiap hari kita mengira ngira duit dan hutang? Namun, kita masih berhajat untuk menjadi kaya raya?

Sekarang ini adalah zaman fitan. Zaman akhir, zaman edan. Zaman harta melimpah ruah dan zaman manusia inginkan lebih dari yang sudah diperolehi.

Mengapa begini? Ada banyak sebab, sebab utama pastilah kerana adanya nafsu dan bisikan syaitan. Tapi, apa lagi sebab lain?

Itulah dia sistem materialisme. Kita dimomok dengan iklan di sana sini. Setiap bulan dapat gaji. Belum dapat gaji sudah mahu itu ini. Jika sudah derma sedikit, rasa sudah cukup baik. Jika dengar ada orang lain fakir dan miskin, kita akan nasehat anak cucu supaya jangan jadi miskin dan faqir.

Betul lah, siapa mahu jadi miskin?

Adakah kita sudah lali, ngantuk, mamai, lena dibuai mimpi fana yang tak seberapa ini. Jika kita melihat si millionaire, kita kata mahu menjadi seperti mereka. Laku lah buku, bagaimana mahu menjadi si jutawan. Buku si bapa yang kaya, si bapa yang miskin pun laku.

Inilah zaman edan. Anwar kata zaman sekarang ini zaman terbalik, zaman edan. Mungkin betul, semua sudah terbalik. Wahai pembaca budiman, ingatlah Allah swt sentiasa. InshaAllah, hati pasti menjadi aman.

Sekian.

Wednesday, May 22, 2013

Kenapa Suratul Kahfi di katakan sebagai pelindung kepada Dajjal dan fitnah hari akhirat

Ada beberapa hadith yang diriwayatkan mengatakan tentang kelebihan atau Fadhilat membaca suratul Kahfi terutama pada hari Jumaat yang mulia. Penjelasan dan tafsiran pada ayat2 ini hendaklah kita sandarkan kepada pengetahuan dan ajaran dari ulama. Cuma yang ingin saya cuba ketengahkan disini ialah, fadhilat membaca itu kalau boleh sertaikan lah dengan pemahaman tentang ayat2 itu.

Saya sendiri amatlah lemah dalam pemahaman ini, cuma ingin membawa kita membuka minda dan berbincang tentang maksud yang ingin Allah SWT sampaikan pada kita menerusi Suratul Kahfi ini terutama tentang akhir zaman dan Dajjal.

Al-Kahf


[1]
Segala puji terentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran, dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong):
[2]
(Bahkan keadaannya) tetap benar lagi menjadi pengawas turunnya Al-Quran untuk memberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar) dengan azab yang seberat-beratnya dari sisi Allah, dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik.
[3]
Mereka tinggal tetap dalam (balasan yang baik) itu selama-lamanya.
[4]
Dan juga Al-Quran itu memberi amaran kepada orang-orang yang berkata:" Allah mempunyai anak".
[5]
(Sebenarnya) mereka tiada mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya, dan tiada juga bagi datuk nenek mereka; besar sungguh perkataan syirik yang keluar dari mulut mereka; mereka hanya mengatakan perkara yang dusta.
[6]
Maka jangan-jangan pula engkau (wahai Muhammad), membinasakan dirimu disebabkan menanggung dukacita terhadap kesan-kesan perbuatan buruk mereka, jika mereka enggan beriman kepada keterangan Al-Quran ini.
[7]
Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya.
[8]
Dan sesungguhnya Kami akan jadikan apa yang ada di bumi itu (punah-ranah) sebagai tanah yang tandus.
[9]
Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah "Ashaabul Kahfi" dan "Ar-Raqiim" itu sahaja yang menakjubkan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Kami?
[10]
(Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami".

Wednesday, May 1, 2013

Where should we invest

Invest for your future..... Really?

The past is in your memory.
The future is only in your imagination.
There is only now... perpetual now.....

The time is near

The time is near. The question is what is near?

Most of Malaysian nowadays will say that the election day is near. Only a few days left. Naturally that is the main subject and topic of the day. Be it in the news, radio, paper, kopitiam, and even in the lifts. People are talking about it as this is probably the PRU we know. Sometimes we can get tired about it. Bosan.... however, it is only a few days left hence this is the only chance we will have to talk and campaign..

Hence this is my campaign....

Please vote for the right reason...
Please vote for the one that will bring Malaysia to be a better place to live in..

At the end sentiment will play it roles....

Vote Pakatan ......

Saturday, April 6, 2013

Election is here

As Malaysian we just could not ignore the fact that GE13 is just around the corner. It is the time that we will have to choose the party we would like to represent us as the government of the day.

Even tough it is not really a system that what we can call truly Islamic system, this is what we have for now. Hence, we need to somehow support the election and vote. Choose wisely as what we choose will be recorded in the record which will not be deleted. I.e. in our own kitab.

Its not the intention here to campaign for anyone, just a reminder to all and please..... take care of your islam the foremost by avoiding slanderous comment. Peliharalah Akhlak anda.

Saturday, March 2, 2013

Siapa merosakkan nya?



Sistem Ekonomi Dunia yang merosakkan kita, atau kita yang merosakkan nya.

Mari kita merenung sejenak Firman Allah SWT seperti berikut:
Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat) – Ar-Ruum, ayat 41

Di dalam artikel sebelum ini telah kita bincangkan pelbagai perkara yang tidak betul berlaku sekarang di dalam sistem ekonomi dunia. Contohnya tentang bagaimana duit kertas yang kita guna ini sebenarnya tidak mempunyai nilai intrinsik yang sebenar tetapi hanyalah nilai yang diciptakan tanpa pegangan apa-apa.
Telah juga kita bincangkan bahawa pembahagian harta kekayaan adalah tidak adil sama sekali. Kurang dari 10% dari populasi kita memegang lebih dari 90% dari harta kekayaan. Manakala 90% dari kita hanya memegang harta yang kurang dari 10% dari jumlah kekayaan negara. Kita tidak merujuk mana-mana negara tetapi ini bolehlah dikatakan berlaku secara konsisten di dunia ini.  
Perluasan sistem kewangan yang berasakan Interest atau Riba, pembahagian harta yang tidak seimbang, kezaliman yang berleluasa dan gejala social yang berlaku berkemungkinan besar disebabkan oleh kerosakan yang kita sendiri buat. Kita telah membelakangkan sistem syariat yang telah diperintahkan oleh Allah untuk kita laksanakan. Kita menyokong RIBA dan tidak melaksana kan sistem zakat.
Syed Naquib Al-Attas pernah berkata “The birds have been flying in this world for more than 50000 years, yet they know how to behave well in their own area. The Eagle know not to fly low in the space of the sparrow, they even make mess in their own place
Kita manusia ni amatlah teruk dari binatang. Binatang pun tahu mengikut syariat yang telah diperintahkan kepada mereka akan tetapi kita berbuat sesuka hati sahaja. Kita membuat kerosakan di semua tempat… SATU DUNIA!!!
Semua ini berlaku kerana kita telah kehilangan adab kita kepada Allah kerana tidak mengikuti syariatnya dan juga kehilangan adab kepada manusia yang lain. Oleh sebab kita telah hilang adab makan natijahnya kita telah melakukan kezaliman. Iaitu kita tidak berlaku adil dengan meletakkan sesuatu itu berada di tempatnya.
Perlu kita melihat ke belakang dan melihat bagaimana Islam telah melaksanakan segala yang baik di dunia ini. We as Muslims  has yet to travel back to time and study in detail the implementation of Islam by Rasulullah and Sahabah and all the great Islamic civilization. We do not have to develop Islam in accordance to the Western way of thinking. There is no need for Islamisation of everything so that it can be accepted by the modern world. No need for Islamic Fashion Show, Islamic Banking, Islamic this Islamic that…..
Mari kita berfikir…..   

Thursday, February 28, 2013

Rethinking The ISLAMIC Financial System



Rethinking The ISLAMIC Financial System

Today I am borrowing the title of the book from Nik Mahani Mohamad, published by SABA Islamic Media. I like the title of the book (and the book of course) as I want us to start thinking…. A rare action by us Muslims indeed…

Nik Mahani was a banker with Bank Islam (M) where she was involved since its conceptualization stage. The book certainly open my eyes into what has happened and what are happening right now with our ISLAMIC banking and financial system. I don’t want to write about the books or comments on it as I don’t want to sound bias and inaccurate. Please go and buy the book and read it yourself.

Instead what I like to do today is to the question below for us to ponder upon and find the answers ourselves.

In the midst of a global “Riba” financial system today, how is it that Islamic banking system can be truly be clean of “Ribawi” elements and be safe from it?

Its surely a very difficult questions for us the Layman people to answer as our knowledge is very limited in this subject. However, what we can try to do is  to question the appearance of Islamic Banking  to further understand what is really happening. For an example, why is it almost all of the “Non-Muslim related” banks in Malaysia or even abroad has Islamic banking? Isn’t it a bit weird that the non-believers now believe in “Interest Free” banking and financing system when their fundamental believe is that interest is needed to make profit.

How about the term Profit rate? Is it different from Interest rate or it is the same element that is being called a different name. How do Islamic Banks determine the profit rate they want to offer to customers, and more interestingly why is it seems like following the BLR rate fluctuation. Is it being pegged to BLR and if yes why.

Too many questions without any answers. Yes it was deliberate for us to start thinking….. read and learn…..

Surely many of our distinguished Scholars are in the committee of these Banks with ISLAMIC practice and they would have known and designed the best for us. There is no intention to question them but rather questions for us to answer.

May Allah guides us to the right path.

Tuesday, February 26, 2013

Sistem Demokrasi?



Perbincangan kita kali ini ialah tentang "Sistem memilih pemimpin yang berdemokrasi".

Selain daripada riba dan sistem kewangan yang telah mencengkam kita di dunia fana ini, sistem lain-lain juga telah begitu banyak mengkaburi minda dan mata kita sendiri. Contohnya sebuah sistem dipanggil demokrasi. Umum mengetahui bahawa demokrasi adalah amalan 'mulia' disebabkan ianya mengikut suara 'majoriti'.

Contoh ini begitu mudah apabila kita mengingati kembali waktu kecil-kecil dahulu. Kita pernah diminta guru kelas untuk memilih ketua darjah. Apabila majoriti memilih Ahmad menjadi ketua, maka budak yang bernama Ahmad itulah yang akan menjadi ketua. Soalan seterusnya, adakah Ahmad layak ataupun sedia untuk menjadi ketua?

Sistem ini diterapkan oleh pihak-pihak yang berkepentingan untuk memastikan bahawa majoriti lah yang akan memilih ketua mereka. Sebenarnya kita silap! Matlamat pihak tertentu itu bukanlah untuk memastikan bahawa 'pihak majoriti' yang memilih pemimpin mereka. Sebenarnya, mereka hanya mahu kita 'yakin' kununnya kitalah yang memilih pemimpin kita.

Inilah dia yang dipanggil sebagai mitos sistem berpolitik cara demokrasi. Walaupun ianya sudah dilihat segar dan mulia di sisi umum majoriti warga dunia, namun ianya dimanipulasikan dengan propaganda yang boleh dibeli dengan natijah ataupun matlamat akhir yang berbentuk materialistik. Jika kita ambil contoh si Ketua Kelas yang bernama Ahmad tadi, apakah natijah akhir yang mahu digapai oleh majoriti ahli kelasnya yang lain?

Mari kita gambarkan Ahmad sebagai seorang yang ceria, mudah berkawan dan senang untuk dipergunakan. Salim pula merupakan rakannya yang kaya, bijak dan pandai mempergunakan Ahmad. Namun, Salim berkawan dengan kesemua ahli kelasnya dan pemalas pula. Salim melihat Ahmad sebagai seorang yang rajin dan suka berusaha. Malah, Ahmad sering dibantu Salim dalam segala serbi.

Jika Salim mencadangkan Ahmad sebagai Ketua Kelas, berapakah kemungkinan atau kebarangkalian Ahmad untuk menolak? Berapakah pula kemungkinan majoriti rakan sekelas lain untuk menerima cadangan tersebut?

Psikologi ini bermula apabila permainan demokrasi datang daripada persoalan, tentang benarkah Ahmad mampu untuk menjadi ketua? Jika dia tidak dipercayai, pasti akan ada susuk yang dipercayai yang boleh menggubah persepsi majoriti. Bagaimana jika guru yang mencadangkan? Adakah popular cadangan itu? Adakah sekadar buah cadangan kerana tiada opsyen lain?

Dalam demokrasi, manusia melihat dari sudut luaran dan apa yang boleh mereka perolehi berbanding dari sudut dalaman dan apa yang mereka boleh beri.

Inilah kelemahan demokrasi yang ingin dieksploitasikan oleh golongan elit dan kapitalis. Mereka sedar bahawa golongan elit seperti mereka tidak boleh menggubal undang-undang mahupun mengambil tanggungjawab terhadapnya. Malah mereka tidak kisah. Apa yang mereka mahu lakukan ialah mengawal, menguasai dan membeli. Kuasa itu hanya ada pada persepsi dan material. Ianya difungsikan oleh nafsu dan syahwat.

Maka, apabila kita mendengar seseorang pemimpin itu dipilih melalui konsep syura ataupun perbincangan oleh golongan ilmuwan, maka ianya haruslah dilihat dari sudut positif. Namun, jika pemilihan itu mengambil kira akan natijah material, maka walau bagaimana sekalipun konsep musyawarah digunakan, ianya tetap tidak akan menghasilkan sebuah kepimpinan yang baik.

Kita akan menyingkap semua konsep demokrasi, politik dan kuasa ini dari sudut sejarah dan ruang lingkup lebih luas nanti. Selamat mengkaji!